Thursday 23 February 2012

KEBAIKAN TIDUR AWAL

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, 
atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. 
Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur.



Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. 
Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan 
seperti menurunkan berat badan atau membuat korang lebih produktif di pejabat,
masakan korang masih tidak mahu mengusahakannya? 
Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini:


1. Berat badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam,
dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD.
Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan
 kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila korang ingin menikmati makanan tertentu
pada malam hari, biasanya korang akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
Akibatnya tenaga korang akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.

2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari,
boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur,
korang juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur.
Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika korang terbangun pada malam hari dan
 mengalami kesukaran untuk kembali tidur?

3. Lebih produktif pada pagi hari
Korang boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, korang pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat korang mampu melakukan apa-apa aktiviti korang dengan lebih produktif.

4. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

5. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.

6. Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, korang tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan korang kan?

7. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas korang meminumnya,” kata Gromer. Dengan tidur lebih awal korang akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

Wednesday 22 February 2012

12 BARISAN MANUSIA YANG MENUJU KE AKHIRAT

Informasi ini aku dapat dari acc. facebook Ustaz Azhar Idrus
Kalau rajin carilah note ini di acc. ustaz azhar idrus.

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui 
seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang
yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang terlihat info ini tolong sebarkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tuesday 21 February 2012

HIKMAH BERSUJUD

Kali ni aku nak kongsikan about Islam.
Seperti yang semua muslim tahu rukun solat ada 13.
Antaranya :


  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Entry hari ni aku share info about Sujud (rukun ke 7).


Bahagian ini kebiasaannya orang akan lakukan dengan segera kerana bacaannya yang singkat.
Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. 
Setiap rakaat adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat.
Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau
bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan,dua lutut dan dua tapak kakinya.
Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. 
Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut 
dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.
Walaupun kelihatan terlalu rumit tetapi ia sebenarnya mudah.
Disini saya  ingin kongsikan akan kelebihannya melakukan sujud.


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan
sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh
daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang :

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia. Hernia
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
    Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan 
    lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
   bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan 
   elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi
      untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.
      organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit 
      gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak 
      secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 
      Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan 
      Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan 
      aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak 
      serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah sekadar 15 hikmah di atas.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat
 yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. 
Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian
 adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.


Monday 20 February 2012

AYAM GORENG TIRUAN (TIKUS GORENG)

AMARAN : BAGI YANG BELUM MAKAN LAGI ATAU 
AKAN MAKAN SELEPAS INI DIHARAPKAN
 ANDA TIDAK MEMBACA ENTRY INI.
ESPECIALLY GADIS2.

Entry hari ni aku nak share about AYAM GORENG TIRUAN.
Maybe most of you guys da tahu pasal ni.
FYI, ayam goreng tiruan yang dimaksudkan adalah tikus.
So, be careful ar if anda pergi ke luar negara,
kerana dikhuatiri anda termakan tikus lazat. :p
Kebanyakannya makanan ini terkenal di, 
negara Indonesia dan Vietnam.
Tak mustahil negara kita tak lama lagi akan
dihebohkan dengan isu-isu sebegini rupa.
Maklumlah tikus jauh lebih murah daripada ayam.
Malah tikus juga lebih mudah dibiak dan didapati.
Jom lihat gambar di bawah untuk anda mengetahui,
proses penghasilan tikus goreng yang menyerupai ayam.


ini lah dia tikus yang telah selesai dibuang bulunya 
dan menunggu untuk dipotong.


sebelum dipotong tikus tersebut haruslah disalai terlebih dahulu,
hal ini kerana bagi menghilangkan bau tikus dan mengelakkan daripada,
 pelanggan menyedari akan ayam goreng yang dimakan adalah tikus.


setelah siap disalai tikus itu akan dipotong kecil-kecil.


untuk menambahkan rasa keenakan tikus goreng itu,
dagingnya akan diperap untuk seketika.


kemudian tikus itu dimasak dan akan diolah teksture dan strukturnya.
ia akan dimasak deep fried dalam 8 - 10 minit.


Selesai diolah, kemudian ia sedia dimakan. NYUM


nak lebih enak ayam goreng tiruan itu akan dihidang dengan pencicah.


beginilah hasilnya setelah dipotong 
pada bahagian paha yang siap digoreng.
memang tak disangka-sangka ia adalah tikus.
rupanya memang macam ayam goreng.

Haih!!  dunia oh dunia.
Macam-macam cara yang digunakan oleh pengusaha restoran,
bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.
Mereka tidak fikir akan impaknya bagi pelanggan kerana,
berdasarkan kajian, tikus merupakan haiwan yang membawa penyakit.

Dahulu kita dihebohkan dengan telur tiruan dan daging tiruan,
kini daging ayam pula dijadikan tiruan.
Sesungguhnya lebih baik kita makan di rumah dan
menikmati sajian dengan air tangan ibu atau isteri sendiri.
Insyaallah kita akan dapat mengelakkan diri daripada,
memakan makanan yang tidak jelas sumbernya.
Hasilnya hidup akan sihat sejahtera.

BAIKLAH!!PASAL AYAM PULA...

Walaupun kelihatan begitu mirip dengan ayam goreng yang sebenar,
dibawah ini terdapat sedikit tip untuk membezakan antara 
ayam goreng tikus dengan ayam goreng sebenar :


1. Dari segi dagingnya, walaupun ia sama-sama putih dan rasanya juga sama, 
akan tetapi daging tikus lebih banyak lemak dan serat 
serta lebih halus daripada ayam sebenar 
(seperti gambar di atas yang penuh dengan minyak pada bahagian paha).

2. Dari segi kulitnya, perhatikan lebih teliti lagi adakah bulu-bulunya besar atau halus.
 Sekiranya bulunya halus, kemungkinan yang pernah tumbuh adalah rambut.
 Bulu-bulu dari ayam adalah lebih kasar daripada bulu-bulu tikus.

3. Dari segi tulang: kalau ayam, pada bahagian dadanya terdapat tulang rawan, 
dan di pahanya terdapat tulang yang besar dan juga 
terdapat tulang rusuk di bahagian punggung serta banyak lagi.
 Manakala daging tikus pasti tulangnya hanya sedikit sahaja.

4. Dari segi harga, kalau harganya terlalu murah, 
besar kemungkinan ia adalah ayam goreng tiruan.








Saturday 18 February 2012

ALAT PENYIKSAAN YANG MENGERIKAN

This time aku nak share about torture tool yang kejam.
Alhamdullillah pada zaman sekarang teknik ni da tak digunakan lagi.
Agaknya ar. Tapi negara kita memang tak gunakan pon this teknik.
Kejam sangat. Aku hanya dapat paparkan 8 jenis je.
Tapi sebenarnya banyak. Antaranya :

SHOESORTURE
Kasut ni terdapat duri duri besi yang tajam.
Digunakan untuk menggari kaki banduan di penjara.
Dua dalam satu (2 in 1).
Sambil menggari ia mendera.





THE BOOTS OF TORTURE
Terdapat 2 jenis boots yang terkenal iaitu,
Spanish boots and Malay boots.
Bahagian dalam kasut ini ada duri-duri tajam.
Banduan akan memakainya sampai duri tertusuk pada kaki.
Dibiarkan sehingga pendarahan yang parah berlaku.








WATER TORTURE
Hukuman yang berasal dari Eropah Timur.
Biasanya teknik ini digunakan di Jepun.
Mangsa akan diberi minum dengan jumlah air yang banyak.
Air diberi secara paksaan dan tanpa belas kasihan.
Hukuman akan selesai apabila perut mangsa kembung.
Selepas itu sambung semula sehingga mangsa mati.


THE RACK
Tangan dan kaki mangsa diikat dalam arah yang bertentangan.
Kemudian tali tersebut akan ditarik secara paksa menggunakan mesin.
Hukuman ini tamat selepas kedua-dua tangan & kaki mangsa putus.





QUARTERING BY HORSES
Hampir sama dengan THE RACK.
Tetapi setiap tangan dan kaki mangsa diikat pada 4 ekor kuda dalam 4 arah bertentangan.
Kemudian arahan diberikan dan kuda akan berlari ke arah masing-masing  dengan laju sehingga putus tangan dan kaki mangsa.


DUNKING STOOL
Alat ini digunakan khas untuk menghukum pesalah perempuan.
Pesalah akan duduk di sebuah kerusi tepat diatas sungai dan dinaik turunkan dari sungai.
Keadaan sungai itu mestilah dalam keadan yang sangat kotor.
Hukuman tamat apabila perempuan(mangsa) tersebut mati.


HERETIC'S FORK 
Besi seperti garpu bermata dua di kedua-dua belah diikat pada leher.
Manakala bilah tajamnya menusuk dagu dan dada mangsa.
Kepala mangsa akan dipaksa untuk ditunduk dengan kuat.
Mangsa akan mati akibat pendarahan yang parah.


CAT'S PAW
Juga dikenali sebagai Spanish Tickler.
Mangsa akan diikat dan digantung seperti hendak di sebat.
Tetapi hukuman ini bukan untuk sebatan.
Mereka akan menggunakan cat's paw untuk merobek kulit mangsa.

Kita patut bersyukur tak dilahirkan pada zaman dahulu.
ALHAMDULILLAH..



Thursday 16 February 2012

FIRST ENTRY ABOUT MATH

This is my first entry. Budak yang baru belajar (blog).
First of all, aku memang tak tahu langsung nak posting apa kat blog ni.
Lama sangat fikir, lastly terlintas kat otak nak share about math.

Aku tahu orang ramai gunakan blog as “public diary” diorang.
But for me, kita tak patut share part of my life to public.
Sometimes we need our privacy.
Cukuplah sekadar share about our:
i) Kenangan indah
ii) Pengetahuan
iii) Kejayaan
iv) dll (yang +ve)

Math is already being  my passion since sekolah rendah lagi.
Alhamdullillah, dengan berkat usaha aku dan tak mahu dengar kata orang lain,
Orang ramai hasut cakap tak perlu ambil add math, subj. tu susah ar.
Akhirnya aku dapat catch up subject yang orang ramai benci dan selalu failed.
ADDITIONAL MATHEMATICS!!
Alhamdullillah lagi, add math tak pernah failed.
Highest pon just “87% = A” je, jarang dapat..
Tu pon if follow grading scale US bru dpt B+.

Siapa yang ambil add math SPM tolong teruskan membaca.
Yang tak,, if nak teruskan baca!! It's up to you.
Kau amik add math? Malas nak baca? kau yang rugi.
Tuhan lorongkan aku untuk bantu korang.
Yang aku nak share ni mungkin akan bantu korang satu hari nanti.

Ok, aku mulakan sesi belajar. (CHEWAHH!!)

Baiklah, entry aku hari ni memang macam cikgu.
Memang ambition aku pon nak jadi cikgu. (lecturer pon ok)
Entry nie aku nak share about CIRCULAR MEASURE ADD MATH.
Seriously, aku pelik tengok ramai cakap this topic senang(tapi ada tapi).
But, those people only said ia akan jadi susah bila soalan minta convert.

Pergh!! Pada aku soalan convert tu ar yang senang (macam bonus mark).
Actually nak convert "degree to radian" or "radian to degree" student cuma kena..
ingat satu benda je (nak kata rumus/formula macam bukan).


Dua2 benda tu sama je.
Ia telah pon diajar oleh guru anda.
Cuma anda je, entah perasan atau tak.
Pilih ar mana yang anda rasa selesa and senang ingat.
Maklumlah add math kan banyak sangat rumus kena ingat.
OK!! Misal ar anda ingat 180° = π rad.
Saya bagi soalan.

EXAMPLE :
Convert 74° into radian. [use π = 3.142 ]

SOLUTION :
 First of all wrote the degree like this.

74° = x rad
180° = π rad
Put the answer as x (unknown).
Did you see?


You see!! So easy,simple and direct.
Haih!! Tips untuk jawab soalan bab nie.
Tak kira apa jenis soalan pon yang keluar.
Sama ada type PAPER 1 or PAPER 2.
Korang kena jadikan kebiasaan routine  untuk tulis 180° = π rad.
Bukan nya susah pon. Berapa saat je untuk tulis “180° = π rad”.
Dan ingat kemudian tukarkan ia menjadi satu persamaan tunggal.
And solve it as you study when PMR.


SUMMARY :

1.     Put the degree and 180° as fraction.
2.     Then equal it with unknown over π rad.
3.     Cut the common “ ° and rad”
4.     Move the π to other side.
5.     Solve it using calculator.
6.     Find the answer.

guys!! Thank you sebab sudi luang masa untuk baca entry ni.
Harap dapat dimanfaatkan. Kalau tak faham tanyalah cikgu anda.
Actually benda ni simple je.
Budak form one pon ley buat.
Cuma kena tahu apa itu 180° = π rad.

Apa2 pon teruskan membuat latihan.
Tak ada cara lain.
And tawakal pada Allah.

Apa ar aku ni.
Awal2 entry da bebel pasal belajar..

APA-APA PON,,

Add math ni more to apply our knowledge about math.
Walau kita da masuk Form 4 & 5,
Janganlah dilupakan basic math masa PMR dulu.
Semua berkaitan.

THANK YOU AGAIN!!
:D
PEACE!!