Tuesday 21 February 2012

HIKMAH BERSUJUD

Kali ni aku nak kongsikan about Islam.
Seperti yang semua muslim tahu rukun solat ada 13.
Antaranya :


  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Entry hari ni aku share info about Sujud (rukun ke 7).


Bahagian ini kebiasaannya orang akan lakukan dengan segera kerana bacaannya yang singkat.
Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. 
Setiap rakaat adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat.
Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau
bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan,dua lutut dan dua tapak kakinya.
Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. 
Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut 
dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.
Walaupun kelihatan terlalu rumit tetapi ia sebenarnya mudah.
Disini saya  ingin kongsikan akan kelebihannya melakukan sujud.


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan
sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh
daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang :

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia. Hernia
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
    Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan 
    lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
   bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan 
   elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi
      untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.
      organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit 
      gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak 
      secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 
      Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan 
      Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan 
      aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak 
      serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah sekadar 15 hikmah di atas.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat
 yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. 
Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian
 adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment